kesah kisah ni ?
semangatku tersayang,
ape kabar? lame tak dengar citer, sehat sejahtera ker? aku rase sangat sunyi tanpa kau disisiku. kite sudah ibarat isi dengan kuku semasa aku masih di malaysia. walaupun kadang² kau pergi, tapi kau datang kembali selepas beberapa saat sahaja. tapi, di sini, di france, bila kau pergi, pergi selama beberapa hari lamenye, mungkinkah kau pergi ke malaysia sebab sudah bosan dengan aku yg agak sudah berubah mungkin. atau, kau telah ditangkap oleh keturunan semangat france yg dengki dengan kau yg cukup hebat mase kat malaysia? aku tak tahu kisah sebenar mengapa kau lari. adakah mungkin sebab aku dapat kawan baru Nafsu Senang.
mari aku bercerita masa kite bersama² mase dahulu kala, supaya kau kasihankan aku dan kembali kepada ku dan menemaniku sepanjang hayat. masa aku lahir, aku tidak pasti samada kau sudah berkawan denganku atau tidak. harap kau tak marah kalau aku lupe detik² pertemuan pertama kite berkawan atau lebih tepat bersahabat. tapi yang aku ingat, masa aku kecil dulu, aku sudah mengenali abang Matlamat. aku rase, selepas aku mengenali abang M tuh, aku pun menemui kau.
kau kata, kalau aku nak pergi ke abang M tuh, aku kene bersahabat dengan kau, baru la dapat berjumpa dengan abang M. oleh sebab aku teringin sangat nak berjumpa dan memegang die, maka aku dan kau bersama² berganding bahu tanpa lelah untuk berjumpa abang M tuh. kata² kau membuatkn aku lebih bertenaga untuk berjumpa abang M itu. akhirnye, dengan bantuan kau, dapat lah kite berjumpa dengan abang yg bernama penuh Matlamat Berjalan.
banyak juga la pengalaman kite bersama yg tak dapat aku lupakan. kau tetap setia w/pun berhadapan dengan ape jua dugaan dan cabaran. ada tika dulu, mama ade cerita kepadaku, kalau aku belajar rajin² sampai ke luar negara, maka hidupku akan dijamin senang kelak. ayahku juga ade kate berdemikian jua. maka, dengan tiba², aku ternampak abang M baru, tapi name panggilan die abang Overseas.
aku ade berbual² dengan kau macam mana nk jumpa abang O ni. kau kate, aku akan bahagia kalau dapat jumpa abg O. oleh sebab kau adalah kawan yg terbaikku, kau bantu aku seperti membantuku semasa kecil dahulu. macam² peristiwa gembira dan sedih zaman sekolah dulu. masa tu, baru aku jumpa bangsa lain yg tidak sama denganku. percakapan mereka pun agak pelik didengar. hampir, beberapa bulan jugala kau membantuku untuk mempelajari bahasa mereka. akhirnye, aku dapat bercakap dengan mereka. maka, aku pun dapat kawan baru yg bernama Keinginan pula.
keinginan ni talam berjuta muka. tapi aku tetap berkawan dgn die. kau pun terikut sama. bila keinginan baik, maka aku dan kau bersama temankan keinginan. bile keinginan jahat, aku dan kau turut temankan die. terasa macam ade kuasa yg menarik aku dan kau untuk bersama die. kau tidak membantah w/pun kau tau keinginan tuh jahat, sebab kau sahabatku! jadi, banyaklah kerja² jahil yg kite bersungguh² buat untuk keinginan. bila nampak keinginan gembira, kita pun turut seronok, biarlah jahat sekali kerja yg kita buat tuh. terasa sangat puas !
masa belajar, kau membawa kawan baru kau bernama Senyum untuk menemani kite semasa belajar. bila aku sedang menghadapi soalan matematik saje, kau menyuruh senyum bantuku. kau kate, jika berjumpa pape soalan mencabar, baikla aku bersama senyum sebab senyum membuatkn aku lega. memang betul kate kau. semua masalah pelajaranku dapat dihadapi dengan senyum dahulu baru bersama kau. bile aku betulkan cikgu dihadapan kelas, senyum berasa seronok² sangat. tengok die gembira, kite pun gembira bersama².
akhirnye, dapat jugak aku bertemu abang O. mase tuh, kau dengan yakinnye menyuruh aku isi borang ke luar negara dan menghalangku mengisi borang matrik dan ape jua yg dalam malaysia. pada mula aku kurang yakin pada kau, tapi akhirnye aku ikutkn saje sebab aku percaya pada kau. untuk berjumpa abang O banyak gak cabarannya. kene interview dahulu. kau kata padaku, interview kedua pertama kau tak akan bersamaku sebab kau suruh aku berdikari. hasilnye , aku gagal interview tuh. masuk interview ketiga kau hadir saat² akhir berhadapan dengan soalan² interviewer tuh. akhirnye, aku sudah pasti bertemu abang O.
seronok tak terkata berjumpa abang O tuh. semasa berjumpa die, maka begitu ramai la bangsa² lain dgn percakapan yg sungguh berbeza. berdasarkan pengalaman lame, kite bekerja sama. akhirnye berjaya juga kite, w/pun aku rase agak kurang baik sedikit. tapi tak kesah lah kan. setahun jugak kite mengerah peluh dan keringat untuk mahir berbahasa. pada tahun ini jugak, aku sudah nampak kau pergi dan kembali dengan masa yg agak panjang. disaat aku, memerlukan sahaja, barula kau datang. mungkinkah aku berbuat salah kepada kau. atau sebab kawan baruku , Leka ? kau pun tahu aku ni, bukan jenis yg suke memujuk. maka persahabatan kite pun . . .
bersambung kalau dapat perhatian la :p
6 comments:
;)
suke gak Yusuf Islam!!Surve laa album dia I look i see...
very the cute..simple english..song to GOD
mgkn ade kot album tuh dlm sy nye pc nih. english2 die mmg simple kan tp masuk tuh dlm pale n hati :p
skali tgk xde la lagu tuh..huhu
ohu....
akak ada..I look I see...
dah ambik kan..?
so dengar baik2
video clip pun akak ade..
mekasih kak aida
Post a Comment