allô0000o !! :)
tetibekan aku nak share fakta² yg aku tahu nih. aku rase korang pon ada yg dah tahu punye. saje je nk kongsi. sharing is caring kan.fakta² ni pun aku dapat masa aku dok dalam lab menunggu prof yg tidak kunjung tiba. huhuhu. kurang² ade gak la aku dapat kan dok melangut depan pc kat lab tuh. so, ni die fakta yg bukan auta :p
- anda tau tak yg jalan besar sejauh 300 langkah dari rumah saya ni adalah jalan besar/avenue terpanjang kat europe. name die cours jean jaures. tapi, oleh sebab paris iri hati sgt, diorang pon main tipu dengan mencantum² banyak jalan. maka terciptalah jalan besar champs elysees yg femes tuh. ari tuh, ade macam 'test' basikal sebelum tour de france kat jalan besar jean jaures tuh tp saya tak sempat tengok, sebab malas nak tunggu penunggang² tuh. lambat betul diorng tuh mengayuh basikal :p
- anda tau tak yang sel darah merah kita ni dapat mengelilingi seluruh badan kita dalam masa 20 saat sahaja. 20 saat ? ya 20 saat ! :p
- anda tau tak pabila seorang itu berjalan dengan laju, bermakna otak die tengah berfungsi or memikirkan sesuatu or tengah menyelesaikan masalah. fakta ni tak termasuk kepada mereka yg selalu lewat ke sekolah or kerja la. so, kalau anda berjalan laju, mungkin saja anda tengah berfikir. nak tengok 'kelajuan' otak anda tuh, ape kate anda cuba berjalan dengan mereka² yg pernah belajar kat france ni, anda akan dapati mereka berjalan sangat la laju. saya dah pernah kene 'marah' beberapa kali dengan orang² di malaysia yg jalan kedek² macam itik. tapi kat sini, saya tak pernah kene marah pon :p
- anda tau yang otak kita ni mempunyai berbilion² neuron yang tak digunakan ataupun digerakan. orang genius pun tak gunakan 100% neuron dalam otak mereka. saya dengar citer, makin banyak neuron ni bergerak dan 'link' antara satu sama lain, makin bijak la pemilik otak itu. dan, neuron² tersebut kalau tak silap, akan menghasilkan pengaliran semcam 'electrik'. so, ape kata, untuk gerakkan neuron² otak ni, anda kejutkan diri anda dengan eletrik, sure jadi genius :p (* dah cube, bg tau la keberkesanannya kat saye ek)
- anda tau bila kita bersin jer, sure kita tutup mata. tau sebab ape? sebab, kalau kita bersin sambil bukak mata, nanti mata anda akan terpancul keluar. tak percaya ? try la. ekceli die ade berkaitan dengan kelajuan masa kite bersin, something like dat la. masih tak percaya? try la dekat hospital, nnt senang sket masuk kan balik mata anda tuh :p
- anda tau yang otak anda ini berfungsi semasa anda tidur, pendek kata otak anda tak pernah berhenti berfungsi kecuali anda sudah mati. dan jangan berasa pelik, bila anda tengah membuat soalan matematik ataupun pape soalan,tetapi anda tidak dapat jawab, kemudian anda tidor, selepas anda bangun, kemungkinan besar anda akan dapat menjawab soalan tersebut.ini biasa jugak la terjadi kat saya. dan ianya dikatakan cara menyimpan memori jangka panjang.tapi kan, soalan² seperti kenapa kene reject or tak dpt mengurat tuh, anda kene tidor lagi lama la :p
- anda tau macam mana nak tau anda ni boroi ker tak? tapi ni fakta dari saya yg banyak mencuci mata semasa kat sini dan juga kat mesia. hmm..nak tau buncit, tengok la kedalaman pusat anda. kalau terjojol, maknenye anda kurus dan jangan perasan gemuk pulak. dan kalau dalam pulak kedalaman pusat anda tuh, hmm...paham² jer la yer, makan la makanany g berkhasiat dan bersukan :p
- anda tau selain hiv,aids, penyakit kusta dan penyakit² lain yg tiada pernawar, ada 1 lagu penyakit ni tak bleh sembuh². tapi penyakit ni tak mudaratkan pesakit die. dan penyakit ni pun macam virus gak ataupun mudah merebak ke orang² awam yg lain. penyakit itu adalah penyakit senyum :) hampir setiap orang akan tersenyum balik bila kita senyum kat orang tuh. tapi, kene senyum ikhlas la. bukan senyum miang. sampai sekarang, doktor² tak jmp ubat untuk senyum nih. eh ade lah, org yg dengki. biasanye, orang dengki ni benci tengok kita senyum. tau la senyuman die tak menawan kan, ni nk dengki² lak :p
- anda tau yg orked citer sepet tuh dah botak. waaa. tetibe saya rase sedih bagi pihak die pulak. rambut die dah la panjang n lawa. ish..sayang². sini gmbr die. ekceli, saya suka gak die berlakon. nak² citer emil emilda tuh. kalau la in realiti ada pompuan macam tuh, maksud saya, pompuan yang sopan gitu la dan tak berangan tahap kronik macma dalam citer tuh, sure saya usha dia :p
- anda tau sekarang ni rambut saya semakin liar membesar. mentang² musim panas secara tidak rasmi dah bermula, semakin 'ligat' lak die mengembang. huhuhu. kalau tidak dipotong, maka rambut saya akan jadi seperti kumpulan alleycats tak pun seperti watak antagonis citer cidade de deus (city of god) tuh. kalau di'bela' bahagian depan pulak, maka saya akan jadi elvis ataupun joe jambul. begitu la kisah rambut saya. nampak mcm 'gerek' la pulak rambut gebang² nih :p
- anda tau kemungkinan besar saya akan stay kat grenoble ni la memandangkan prof yg patut sign surat saya tuh tiba² benti seminggu sebab sakit. macam kebetulan la pulak kan. ker memang ni tanda² saya akan dok di grenoble bumi hijau ni ek? hmmm..
- anda tau tadi saya dok depan seorang kakak genit yg agak cute la jugak dalam tram. mase tuh saya tengah angguk² dengan mata tertutup. dan pabila kakak ni duduk depan saya, secara automatik, mata saya terbeliak dan segar serta merta. terasa macam nak tegur jer akak tuh. sebab seblum saya balik tengah ari tuh, ade la kawan saya dalam lab ni citer, die rasa regret bila tak tegur pompuan cantik dalam tram. jadi, saya macam nak terbawak² pulak. tapi macam biasa, akak cun tuh turun sebelum saya sempat menegur die.huhuhu :p
- anda tau tak yang saya ni dah mula mengarut. sebabnya esok saya cuti sehari. tapi macam busy jer. tapi bila dah esok, sure 10 minit jer dah selesai suma masalah. sebabnye saye dah pk mcm mane nk handle masalah ni dalam otak masa saya tidor kroh kroh kroh nnt . keh keh keh :p
kalau ada fakta yg salah tuh, betul² kan la eh. (kecuali 4 fakta terakhir la :p)
si ain tia... haaaaa :p