Sunday, April 29, 2007

--

peraturan nk bace same macam en3 lepas. tapi kali ni maybe tak syok kot. coz mood aku untuk bercerite kureng sket tp ok la kot. ntah la ek. aku igt nk bt smlm sambungan citer en3 lepas tp biase la, jemputan makan sedap mane bleh tolak kan.hahaha. so, selamat me...[dot dot dot] :p

setibanya mereka di station tube liverpool street, salah seorang dari mereka pun membeli tiket tube untuk sehari yg bernilai £5. di station tersebut la, baru F mula 'nampak' orang² di kota london itu. tiada beza sangat dengan orang² perancis. cume kurang sikit orang berkulit hitam kalau hendak dibandingkan dengan station underground di paris. kemudian, mereka pun pergi ke destinasi yang dijanjikan.

keadaan dalam tube di london same saja dengan mane² tube di dunia ni. banyak orang. banyak ragam. banyak jenis orang dan banyak jenis bau. F melihat saja persekitarannya. mendengar perbualan orang² kota london. kadang² F dapat tangkap ape yg mereka bualkan, kadang² tidak karna, accent mereka yg berbridge² itu. terasa seperti bahasa asing pula bagi F.

selepas 7 minit dalam tube. mereka pun tiba di station queensway. F mengikuti saja junior²nye membawanya kerana mereka sudah jejak kaki di kota ini pada januari lepas. jadi mereka lebih kenal kota itu. senang la hati F karna tidak perlu melihat peta² tube atau menjadi peserta mencari harta karun. tidak payah pening² kepala. tak payah menebalkan muka tanya orang dengan accent englishnya yang kebudakan. dan yang paling penting, F tak akan sesat.

selepas keluar station tube tersebut, di hadapan station tersebut, ade sebatang jalan yg dikatakan menjual barang² souvenir yg murah². dan ada beberapa restoran halal. tidak seperti trip travel F yg dahulu, waktu itu die tidak ghairah untuk membeli souvenir secepat mungkin. sebabnya waktu itu die terasa sangat² lapar. walaupun sudah makan cheese sandwich di pesawat easyjet. baginya, makan sandwich itu seperti makan jajan 50 sen di Malaya saja.

selepas beberapa minit, tiba la mereka di malaysian hall. F fikirkan yang mereka boleh check in terus tetapi malangnya, hall tersebut seperti di malaya. tutup makan tengahari. di kota london ni pon mereka masih mewarisi sikap 'melayu' mereka itu. hotel tutup ditengahari. agak pelik juga bagi F. oleh karna perutnya sudah mengeluarkan bunyi hip dont lies, maka junior² F pun membawanya ke sebuah kedai fast food ala² kfc. junior itu kate, kedai tu memang sangat murah. bayangkan, 1 meal complete hanya £2.5 saja. jadi, mereka pon mengisi perut sambil menunggu hall itu buka.

hampir 15 minit juga mereka lepak di kedai yg serba sederhana itu. tapi yang penting bagi F adalah kekenyangan perutnya yang semakin ke hadapan itu. kemudian, mereka pun check in di hall itu dan bersiap dengan baju² dan seluar² hensem mereka untuk menghadiri perjumpaan dengan sponsor mereka di hotel holiday villa. F panik seketika apabila die mendapati yang seluar yg dipakainya tidak dapat dizipkan. dan die dapati warna seluar itu berbeza dengan coatnya. punyala pening kepalanya memikirkan hal tersebut. akhirnya, die memakai juga seluar dan baju ketat dan sendap itu. terpaksala F menahan kadar hirup dan hembus pernafasannya untuk memastikan yang pakaiannya tahan lebih lama.

setibanya di hotel yg dicari hampir 10 minit setelah menanya 3 orang putih, maka ketemula mereka dengan hotel yg dicari² mereka itu. mereka pun pergi ke bilik perjumpaan tersebut. di situ, mereka bertemu dengan pelajar² lain yang same sponsor. rakan² sebatch F pun sudah ada di meja yang dihidangkan air siram yg sejuk yang mengiurkan. mereka pun beramah mesra diantara mereka dan juga pegawai sponsor mereka. kelihatan pelajar² london duduk semeja, pelajar² perancis duduk semeja, pelajar² perempuan dan lelaki duduk di meja asing². tiada integriti antara mereka sesame sponsor, mungkin mereka tidak mesra lagi fikir F.

setelah 1 jam menunggu tan sri pengerusi sponsor itu, akhirnya tetamu kehormat pon tiba. tan sri itu sangat cool fikir F. ini adalah kali ke2 die menemui tan sri secara bertentangan mata dan bersalam selepas acara menerima anugerah yg F terima tahun lepas di malaya. sebelum tan sri tersebut menyampaikan ucapan, beliau melihat list para hadirin yang hadir dan memanggil name² dikertas yang beliau baca itu.

tan sri itu berucap tanpa text dan tanpa microfon. walaupun F tidak dapat mendengar dengan jelas dan sepenuhnye, F dapat tangkap ape yg diucapkan tan sri tersebut. tiba² F terasa kecil bila tan sri itu memuji² pelajar² london. memang pelajar² tersebut patut dipuji karna mereka dapat memasuki lima universiti terbaik uk. jadi, pelajar² perancis hanya mendengar saja pujian tersebut.

selepas hampir 1 jam, maka tamatla sudah ucapan tan sri. kemudian, mereka pun menjamu selera. ada lauk masakan malaysia. F dan rakan² yg jakun dengna masakan malaysia pun melepaskan kempunan mereka dimeja makan. mengambil semua lauk. satu lauk pun tidak dilepaskan. makanan masakan malaysia la yang memberi kenikmatan yg penuh kepada pelajar² perancis itu. sehingga terkejut pelajar² london melihat mereka.

selepas perjumpaan tersebut, mereka pun mengambil gambar ramai² sebagai kenangan. dan kemudian, bersalam²an sebelum mereka pulang ke destinasi mereka. maka, pelajar² perancis pun pulang ke malaysian hall.

mereka menyiapkan diri dan kemudian keluar kembali untuk meneman pegawai sponsor mereka untuk keluar berjalan² di kota london. 1 perbezaan kota itu dengan grenoble adalah, kota itu seperti malaya yang hidup 24 jam. ada saja kedai yang buka. tidak seperti grenoble, jam 7 saja banyak kedai sudah tutup walaupun hari masih siang. hanya kedai² makan saja yg buka. mereka pun jalan² sampai entah ke mane tanpa tunjuan kemudian mereka patah balik ke tempat asal dan singgah sebentar di kedai makan cina yg ditulis halal. punya la pelahap F makan mee goreng. die masih tidak puas hati sebab mee tersebut tidak sesedap mee goreng mamak di batu pahat. tapi, demi selera, die telan sehingga ke titisan akhir kuah mee itu.

keesokan harinya, selepas usai solat subuh, F dan T pun berpakat untuk keluar menjelajah dan menjajah kota itu. seawal 7 pagi mereka keluar dar hall itu. pak guard yg jaga pintu itu pun masih tido keangguk²an lagi. cuaca pagi itu agak dingin sedikit cukup sehelai t-shirt berlengan pendek untuk berjalan.

destinasi pertama F dan T adalah, london bridge. tidakla tahu dimane terletaknya jambatan itu. tetapi oleh karna T ada peta, maka mereka pun pergi ke queensway menaiki tube ke salah sebuah station. keluar sahaja dari station tesebut, mereka pun mencari jalan ke london bridge. ramai juga manusia yg T tanye untuk ke destinasi itu. sehingga mereka sesat dan jumpa bangunan pelik² di tengah kota itu.

selepas 1 jam lebih, mereka menemui tower bridge. sebelum ke tower itu, sebelah kanan mereka adalah tower of london. F mula ragu². akan keinginan T . 'ni la jambatan org slalu amik gambar tu' kate F kepada T. T kate, gambar yg orang slalu amik gambar itu adalah london bridge. die tidak percaya yg tower bridge ini adalah gambar yg orang slalu ambil itu. maka, F pun mengikut saja la T ke london bridge yg die hendak sangat pergi. kalau dilihat bentuk dan warnanya, F memang tahu tower bridge la orang slalu ambil gambar itu. tetapi, demi menjaga hati T yg kecik itu, die pun ikut saja.

sambil jalan² mencari london bridge, mereka terjumpa monument. sebuah tower panjang juga. tidak tahu pula F sejarah tower monument itu karna mereka tidak sempat untuk mengkaji dan membaca sejarah. tunjuan mereka pagi itu hanya untuk mengambil seberapa banyak gambar yang mungkin supaya boleh tunjuk kepada rakan mereka dan buat mereka jeles. setelah beberape minit. jumpalah mereka dengan london bridge yg dicari² T. punyala keciwa T dengan jambatan itu. F hanya boleh ketawa sahaja melihat kekecewaan T itu. dengan sinisnye F mengambil gambar papan tanda london bridge itu. selepas selesai T menyumpah seranah, mereka pun meneruskan perjalanan ke london eye.

pada waktu itu, mereka tidak punyai luck yg baik karna kebanyakan tube tutup operasinya pada waktu pagi untuk kerja² pembaikan dan pemulihan. jadi, mereka banyak berjalan untuk pergi ke satu² tempat itu. setibanya di station waterloo, T pun tanya seorang pakcik untuk menunjuk jalan ke london eye itu. maka, mereka pun jalan², melintasi jalan dan sungai. kemudian mereka menemui victoria embankment garden. selepas berposing² maut, mereka pun berposing pula dgn melatar belakangkan london eye. kemudian, mereka jalan lagi beberape tapak, mereka menemui houses of parliament dan juga westminster abbey. mereka terjumpa jugak statue pakcik churcill berhampiran houses of parliament.

setelah bergaya² di dpn kamera, mereka pun segera balik ke hall karna pada jam 11 pagi itu mereka ada perjumpaan dgn pegawai malaysian hall tentan peranan msd kepada pelajar² malaysia. F dan T aagak puasa hati jugak, karna hampir semua bahagian di barat kota london sudah dijajahi. setibanya di hall, mereka pun mendengar taklimat dari pegawai msd. beliau menceritakan hal² yg berlaku di malaysian hall dan hal² yg berkaitan dgn pelajar melaysia dan juga hal² msd. disini, F mengenali sorang budak perempuan yg agak penting juga bila mana pegawai kerajaan tiba di london. banyak juga pujian pakcik pegawai msd itu untuk budak sesponsor dgn F itu.

setelah hampir 2 jam pegawai itu berceloteh, mereka pun ramai² makan masakan malaya di bawah hall itu. yang mengembirakan adalah pegawai sponsor itu belanja mereka semua. pelajar² perancis pun apa lagi, mengambil seberape banyak makanan yg mungkin.

selesai makan tengahari. mereka pun bersurai. dan pelajar² perancis pun membuat plan mereka masing. selesai sahaja solat jamak zohor dan asar, mereka semua pun keluar bershopping. mereka dipandu arah oleh seorang pompuan. tanyakan saja hendak pergi mane, pompuan yg sebaya F itu akan tanya orang untuk ke sana. mula² mereka ke oxford street dan kemudian ke lily white.

di lily white itu, F rambang mata untuk membeli jersi man utd, pasukan favouritenya itu. tapi F tidak membelinya karna ada sorang rakannya kata, ade kedai lain yang lagi murah. hampir 2 jam juga mereka menghabiskan masa di dalam bangunan yg tidak la putih sangat itu. kemudian mereka pun berjalan² mencari kedai yg menjual jersi murah dan original itu. hampir sejam jugak mereka sesat di kota london tu. akhirnye mereka berhenti makan sebentar di sebuah kedai. dan kemudian meneruskan perjalanan mencari kedai sukan itu.

setibanya, F dan rakan² die situ, didapatinye jersi man utd sudah habis dijual. punyala keciwa F. kemudian die pun patah balik ke lily white. sampai sahaja di kedai itu, die pun cepat² membeli jersi man utd dan juga england. yang peliknya, F tidak lah suka team england tapi die beli juga selepas dipujuk rakannya. setiba di kaunter pembayaran, F mendapat tahu yg credit cardnye tidak boleh digunakan. F panik sebentar. nasib baik debit cardnye itu boleh digunekan di kedai tersebut. F berasa lega.

kemudian, slepas membeli jersi. F pun meminta rakan² nye itu untuk ke hard rock cafe. pompuan yg blajar di london itu tidak tahu dimana letaknye kedai hard rock cafe itu. selepas dipujuk dan dikutuk, die pun menanya kawannya dan mereka pun pergi ke kedai itu.

hampir 1 jam juga mereka berjalan. F tidak tahu la samada die dikutuk dibelakang ataupun tidak tapi yg penting bagi F adalah untuk membuat koleksi atau boleh dikatekan hobi barunye untuk mengumpul baju hard rock cafe selepas dipengaruhi rakan²nya yang lain semase menjelajah ke italy dan amsterdam tahun lalu.

kemudian mereka pun mengambil bas ke suatu station tube untuk ke rumah akak yg sesponsor. akak itu menjemput mereka untuk makan malam bersama dirumahnya. mereka mengambil bas nombor 9. kemudian ... bersambung

hahahaha..ni lg panjang siot. rasenye takde orng bace kot. pape lah, asalkan aku syok sendri. keh keh keh.

5 comments:

akirasuri said...

yeay! entri ni tak jadi entri yok sendiri sebab akak baca sampai habis :p

oh oh. kuat makan juga ek kau ni :P bila balik Malaya? nanti akak belanja satay kajang. chewah!! :D

akirasuri said...

eh tertinggal huruf s pulak. tu bukan yok tapi syok

ha ha ha.

bpboyz said...

waaaa...rajinnye akak akira bace.terharu saye.huhuhu. merci. kalau saye balik malaya,saye bg choc merci tuk akak la..kalau lah kan..

saye pernah sekali makan kat satay kajang tapi kuah kacang die macam tak ummphh lah. mungkin sebab kedai dah nak tutup kot.hmm..ok, janji k? ;)

akirasuri said...

oh oh! yeay! dapat choc ;) janji tau bagi :D

oh oh.. kau makan satay kajang dekat mana? haji samuri baru ada ummmphhh!! oh oh insya-ALlah kalau akak panjang umur dan dah jadi orang kaya, akak belanja kau, insya-ALlah ;) sungguh!

bpboyz said...

hehe..itu pun kalau saya balik malaya tau..dan choc itu tidak cair bile saye nak bagi akak..huhuhu..

hmm..alaa tak yah la jadi orang kaya baru nak belanja, mase ade duit lebih dari kebiasaan je, boleh jer balanja kan ? satay kajang k ;)