Monday, April 30, 2007

---

hai sume..hehe..thanks kepada mereka yg sudi membaca. skrg ni aku dah terdesak nak abeskan citer ni.sebab ? esok kene pegi wayang tgk spid3rman, takut kang cara karang aku terpengaruh fiction yg mlampau² lak. (hahaha...poyo giler dan tak boleh blah). aku rase ni la en3 yg terakhir (kot?) aku bt panjang giler² nih.tak sanggup dah nak citer se'detail²'nye lagi dah.huhu.tapikan seriously tak terase lak mase dah berlalu berpuluh² minit. pelik gak. (kononnye semangat lah tuh, padahal makan sambil taip tuh :p). so, rules die same mcm en3 lepas. selamat lah yer ;) hah, skrg ni aku tgh dgr album baru my chemical romance. so, aku rase mgkn ade salah ejaan yg ketara kot. ntah.tgk jer la...

kemudian, mereka pun berhenti berhampiran station tube picadilly circus. dan mereka menaiki tube ke suatu station berhampiran rumah akak sesponsor itu. masing² dalam tube diam dan termenung saje. ada yang sempat mengambil gambar dalam tube untuk hilangkan rase bosan. terasa lama juga naik tube malam itu.

selepas hampir 20 minit mereka tiba di station underground. disitu, mereka menunggu tuan rumah yg juga suami kepada akak sesponsor datang menjemput mereka. disini, F dapat perhatikan yang kawasan tempat die dan rakan² menunggu itu adalah kawasan yg agak bahaya juga. dengan ragam manusia yang pelik. yang pandang pelik dengan kitorang. yang orang hitam² nye yang menjerit terlolong. amat la sebiji dan serupa dengan orang² di kawasan 'quartier chaud' di france. terfikir jugak F, kenapa yg hitam² saja ? mgkn sebab attitude mereka sendiri yg membuatkan orang lain sekeliling mereka menghukum mereka sebagai bahaya untuk didekati dan tidak ada civic.

sambil berbual² antara mereka, datanglah seorang abang yg tersenggih² keseorangan menghampir mereka. seteleh memperkenalkan diri masing², mereka pun mengikuti abang itu ke rumahnya. abang itulah tuan rumah dan juga suami akak sesponsor, sama macam mereka.

setibanya di rumah akak itu, mereka pon meminta maaf karna sampai lambat. padahal punca mereka lambat adalah F. mereka menemani F ke hard rock cafe. kalau tidak, mereka boleh tiba awal ke rumah akak itu. kelihatan pegawai sponsor ada juga di situ. pegawai itu tengah makan dengan muka senyumnye. tidak tahu pula F hendak mentafsirkan senyuman pegawai itu. samada senyum sinis, senyum kambing, senyum kenikmatan menjamu selera dahulu ataupun senyuman terpaksa. oleh sebab F ada nilai murni yg dijaga rapi, die pun bersangka baik. senyuman menikmatan juadah akak itu fikirnya.

tanpa melengahkan masa dan sudah dijemput akak itu untuk makan dengan segera, takut makanan akan sejuk dan tak sedap, mereka itu pun beratur mengambil makanan yg mereka ingini. ada beberape jenis makanan. ada pizza. ade 2 kek. dan ada spaghetti. mula² F mengambil pizza. pizza ini bukan pizza yg dibeli akak itu, tetapi home made punya. punya la sedap. sampai terambil 2 bahagian. kalau bahagian kecil jer tak per ni amik 2 bahagian besar. then makan 2 kek lak. perghh..sedap giler akak ni buat. serious la. dgn spagetti yg ala² dalam restoran. mmg sedap giler. <= ops, narrator termasuk dalam citer lak, sorry.

F merasakan sangat la bertuah suami akak itu karna memiliki isteri yg pandai masak. terlintas difikiran nakal F untuk mencari awek yang pandai masak yang sedap². bukankah perut kenyang hati jadi senang ? dan akak ini mempunyai seorang baby pompuan yang cute sangat. baby itu tidak la pula takut dengan orang. tidak merengek pula bila didukung orang lain. sangat cool baby itu.

15 minit sebelum jam 11. mereka itu terpakse pulang ke malaysian hall karna begitu peraturannye die hall itu. penumpang² dalam hall dimestikan pulang sebelum jam 11 malam. maka, mereka pun mencuit makanan yg sedap itu sebelum balik ke hall. dan sebelum balik ke perancis yg tiada makanan yg enak halal seperti itu. melainkan bagi F yg mempunyai akak² senior yg hebat² masak dan buat kek. kemudian, mereka pun mengambil bas di perhentian bas.

akhirnye mereka pon tiba di station bas yg berhampiran dengan malaysian hall. pompuan yg menjadi pandu arah itu menanyakan mereka yg lelaki itu, samada die patut pulang ke rumahnya yg jauh dan gelap. budak² perancis itu menyuruhnye untuk stay semalam di malaysian hall, takut² ape² akan terjadi kat tourist guide mereka itu. jadi, mereka pun balik sama² ke malaysian hall.

tiba² keluar idea dari salah seorang dari mereka untuk menjajah kota london waktu dinihari. pompuan itu setuju. dan beberape saja budak² lelaki itu yang setuju. maka, mereka pun pakat² sesame mereka. ada 6 orang yg mahu berjalan². dan yg selebihnye mahu merehatkan diri yg sudah penat berjalan dan bershopping. alang² sudah terlewat, lebih baik lewat berkualiti. maka, masing² yg mahu masuk ke hall mengambil beg² plastik mereka yg mahu jalan².

terpecahlah mereka kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan yg menunggu pintu dibuka, dan yang 1 lagi menuju terus jalan tersebut. tiba², kumpulan 2 ini berjumpa dengan seorang lelaki melayu yg juga mahu menuju ke hall itu. pada mulanye, mereka tidak mahu menegur abang itu. tetapi, entah kenapa, abang itu peramah pula, jarang² orang² malaysia yg di london ini peramah untuk menanya khabar atau pun menegur.

'lambat eh? pergi mane tadi? so, kene tunggu sejam kat luar sampai pintu bukak' kata abang yg mahu buat lawak itu.
'oh ye ke? tak perlah kitorang jalan² dulu' jawab salah seorang dari mereka. abang yg mengharapkan gelak tawa dari mereka terasa sangat sedih karna lawaknya tidak menjadi. jelas terpancar kekecewaan lawaknye yang tidak disahut oleh kumpulan itu diwajahnye itu. maka, kumpulan budak² itu pun berjalan laju ke hadapan dan tidak pandang belakang walau ape jua keadaan. tidak sempat mereka untuk ke simpang, tiba² abang tadi memanggil mereka. 'jalan jer jalan jer' kate salah seorang dari mereka. tetapi tidak didengari pompuan itu kerana die berasa takut.

maka, terjadilah soal jawab dengan abang itu. pompuan itu memang pandai menjawab dan lidah berbelit karna die mengambil course undang² di king's college. jadi, mereka yg lelaki itu menyuruh pompuan itu menipu sedaya yg mungkin dan mereka akan sokong saja penipuan pompuan itu. sebenarnye niat pompuan itu adalah untuk menjadi tourist guide pelajar² perancis itu dan bukan untuk menipu. tetapi bile keadaan sudah terdesak, demi rakan, terpaksa juga menipu abang itu.

nasib mereka malam itu memang tidak baik apabila abang itu menyuruh mereka masuk berjumpa dengan warden hall itu. jelas kerisauan dimuka masing. setibanya di dalam bilik warden itu, mereka pun bersalam²an kecuali pompuan tourist guide itu. maka penipuan diteruskan sedaya yg mungkin.
'sebenarnye kitorang nak pergi jemput kawan saya kat station tube ni, diorang stranded kat situ' kate pompuan itu.
'malam² macam ni? diorang takde kawan² yg lain ker untuk amik? ko ni nak bawak tentera perancis ni temankan ko. diorang kat mane tuh?' soal pak ya, name warden itu.
selepas itu bla bla dan bla.
'kalau macam tu biar pak ya yg amik mereka. malam² ni bahaya krang pergi amik.' offer pak ya. selepas tamat ayat pak ya itu, pompuan itu pun buat² telefonnya berbunyi padahal tak bunyi dan juga handphonenye pada waktu itu memang sudah kehabisan bateri. kemudian die keluar dari bilik itu berlakon menjawab telefon. begitu la perempuan menipu. selepas seketika, pompuan itu pun masuk kembali.
'pak ya, saye rase tak payah la, sebab kawan saye dah pergi amik die, diorang dah sampai dah pon dekat rumah kawan saye tuh' tipu pompuan itu.
'aik? dah ade orang amik?' suara pelik pak ya. bagi fikiran F, pak ya sudah mengesyaki sesuatu. die cume menggertak saja budak² itu. kemudian, pak ya memberi sedikit cerita² ganas yg berlaku di london itu dan bla bla bla.

sebelum mereka memasuki bilik masing², pak ya pun memberi mereka pisang untuk makan tengah malam katenye. dan pompuan itu pula, sepatutnye distay di hall itu, tetapi tidak jadi, kerana makcik di kaunter itu boleh memandunye ke rumah pompuan itu. kemudian, ada seorang abang juga yg kebetulan hendak ke kawasan yg sama. akhirnye, pompuan itu pun mengikut abang yg lagi satu itu. sebelum pompuan itu balik dan abang itu bergerak keluar, die sempat berbual² dengan rakan² lelaki dari perancis itu. die menceritakan detik² 'cemas' die menipu dan sambil² itu ade juga mengutuk abang yg mereka jumpa diluar hall tadi. selepas seketika, pompuan itu pun mengikut abang itu pulang ke rumah dan yg lain balik ke bilik masing².

setibanye dibiliknya, F pon melihat rakan sebiliknye tiada. die pun masuk bilik dihadapan biliknye itu. rupenye mereka berkumpul di situ untuk membuat kira² perbelanjaan masing² untuk perjalanan dari perancis ke london. sambil² itu mereka pun 'melihat' 'wayang free' di bangunan berhadapan dengan malaysian hall itu. malangnye, wayang pada malam itu tiada. selepas kutuk² abang peramah yg mereka jumpe itu, mereka pun balik bilik masing. tunaikan solat jamak dan kemudian mereka tidur.

esoknye, setelah usai solat subuh, F dan T pun plan untuk keluar lagi. semangat sungguh mereka itu untuk menjajah kota london yg pernah 'merosakan' minda rakyat malaya itu. destinasi mereka pagi itu adalah ke buckingham palace. setelah mengambil tube ke hyde park corner. mereka pun berjalan ke istana itu dengan melintasi taman hyde park. T pun bercerita tentang buku yg dibacenye iaitu princess diana pernah berjalan² sorang diri dan melarikan diri di taman ini. F yg tidak tahu menahu pasal puteri itu hanya mengiyakan saja kate² T itu. istana itu sangat la besar dan kosong. kemudian mereka pun mengambil gambar berkeping² kemudian berniat ke royal albert hall.

mereka pun mengambil bas ke station keretapi dan kemudian mengambil tube ke gloucester road. setiba disane, mereka pun turun dari tube dan kemudian menanya orang dan berjalan kaki ke royal albert hall itu. terasa sangat la jauh. sambil² berjalan itu mereka menjumpai imperial college, yang konon²nye yang berprestij itu. akhirnye mereka pun tiba di hall itu. bangunannye tidak la secantik namenya. seperti bangunan yg tidak basuh beribu² tahun saja pada fikiran F. tidak tahu die bahawa itu adalah keunikan royal albert hall. F pun tidak sempat untuk membaca deskripsi bangunan yg diimpi²kan oleh para penyanyi seanterio dunia karna masa tidak mengizinkan. selepas puas mengambil gambar mereka pun mengambil bas ke trafalgar square.

agak terkenal juga trafalgar square itu. disitu la rase F drama bersiri cinta diantara dua benua dirakamkan. di tempat yg banyak burung 'gagak' hitam. dan disitu juga tempat orang mengambil gambar dengan burung². tetapi hampa bagi F, tiada pun burung waktu itu. yang ada hanya la 'ayam'² yg cun sahaja. berbaloi juga die tiba disane. pada waktu itu, ada sekumpulan manusia tengah membuat pengambaran. tetapi tidak kelihatan pula pelakon²nnya, cuma ada kamera dan orang tukang arah. setelah penat mengambil gambar, mereka pun bali ke malaysian hall.

kemas² barang, F pun turun ke bawah untuk mengambil deposit £10 di kaunter malaysian hall dan menunggu pegawai sponsornye tiba untuk mengclaim tambang perjalanannye ke london. setelah menerima sebahagian dari jumlah keseluruhan, F dan T pun bergerak pantas ke station underground queensway. sebelum menaiki tube, mereka sempat membeli beberape souvenir² di kedai hadapan station itu. terasa hampa juga F karna tidak dapat membeli banyak souvenir untuk adik²nye terutama adik kesayangan yaya nye itu.F cume sempat membeli key chain dan magnet beberape ketul. F ingin beli bende lain karna adik²nye dan kawan²nye sudah bosan dengan key chain dan magnet. tetapi bila difikir² balik oleh F yg die yang mahu memberi hadiah,buat apa mahu memikirkan orang yg menerima hadiah tersebut, die pun membeli sesuka hatinye. kemudian mengambil tube ke bond street.

dari bond street die pun menukar tube ke baker street. disitu la tempatnye die untuk mengambil pick up ke airport luton. tiba distation tersebut, die pun cepat² mencari station pick up itu. tiada dijumpainye. perasaan paniknye semakin bergerak laju. kemudian, die pun menebalkan muka menanya orang kedai. sebenarnye F ini memang malas untuk bertanya. bukan ape, bagi nye, tidak la adventure travel nye kalau die asyik bertanye orang sahaja kecuali mase² terdesak seperti ini.

akhirnye die pun jumpa station itu. dan kebetulan van pick up easy jet baru saja tiba. setelah die membeli tiket van yg ditulis bas itu, die pun duduk di tempat duduk belakang. perasaan paniknye masih tidak luntur² lagi. terasa ingin saja die menjerit dekat pakcik drebar itu supaya laju. entah macam mane, F tertidur.

tersedar daripada kesesakan jalan raya dan cuaca yg panas, F pun melihat jam di tangannya. perasaan panik yg baru diubati dgn tidur tadi datang kembali. sepatutnye, bus itu sudah tiba di airport luton, tetapi tidak tiba juga. F melihat sekelilingnya. banyak kereta. macet. kemudian, entah kenapa drebar itu melalui jalan perumahan. agak la pelik bagi F, tetapi die masih bertenang. pesawatnye akan terbang pada jam 1.15 dan kaunter check in tutup 45 minit sebelum pesawat berlepas.

akhirnye tibalah F di lapangan terbang luton yg jauh dan baru direnovate itu. tiada nama grenoble di papan kaunter. F mula panik lagi. die ternampak seorang wanita yg sedang menangis kerana die lambat 5 minit check in. memang sah. F ketinggalan pesawatnya. buatla apa saja, sudah pasti kakitangan easyjet itu tidak akan bagi die masuk dan check in kecuali membuay panggilan bom. terfikir F untuk beruat demikian. tetapi apekan daya, rase paniknye lebih kuat dari perasaan berani 'mati'nye itu.

die pun kemudian ke kaunter sykt pesawat itu untuk memujuk supaya die dapat menaiki pesawat. lagipun die cume terlewat 10 minit tambahan bukan salah die, tetapi salah sykt itu juga, sbb drebar bas itu tidak menepati masa. F ingin menggunakan alas tersebut dengan harapan die dapat masuk ke dalam pesawat yg ke grenoble. semasa die beratur menunggu untuk memujuk, die terlihat perempuan yg menanggis tadi.

wanita itu seperti meracau tidak percaya yg die telah rugi kerana lewat. rupa²nye, ada lebih kurang 10 penumpang yg lain tidak sempat check in karna train ke airport itu lambat. maka, lega seketika F mendengar racauan wanita itu. paling kurang die boleh 'menjoin' group yg naik train itu kalau mereka dibolehkan menaiki pesawat saat akhir. tetapi malangnye, mereka terpakse membeli tiket baru. wanita itu yg berasa sangat kecewa terus meninggalkan grup tadi untuk merajuk.

terfikir juga F untuk menanggis dan buat muka kesian dihadapan kaunter itu tetapi memandangkan taktik itu tidak menjadi. die pun redha sahaja membeli tikat baru dgn tambahan £35. nasib baik die mempunyai cash kalau tidak, F tidak tahu dia akan bayar dengan apa. dah la card credit tak boleh paki dan nombor msd pun die tidak simpan, takut² kalau ada apa², die akan meringkung dalam penjara. setelah pembayaran selesai, die pun check in luggagenya. die mengambil pesawat ke geneva, bukan ke grenoble karna pesawat ke grenoble hanya akan ada pada esok harinya. ingin saja die pulang ke grenoble esok harinye, tetapi bile memikirkan yg die mempunyai exam esok harinye, die membatalkan niat barunye itu.

semasa itu,kaunter itu dijaga akak cun. accent english die sangat la pekat tambahan perasaan panik F masih tidak reda lagi. maka terpinga² la F mendengar akak itu bercakap dengannya. tetibe akak itu berhenti bercakap dan memandang F. 'huh? sorry' F pun kebinggungan. akak itu pun mengulang pertanyaan die dgn muka geram. terasa hendak lempang sahaja akak cun itu. tetapi F biarkan saja. tidak la die mahu membuat perkara bodoh di airport yg menyusahkan orang ini.

sambil² die menuggu pesawat ke geneva, die pun melihat F1 di satu cafe tempat menunggu itu. pasukan favourite ferrarinye juara perlumbaan itu. selepas beberape minit, F pun ke tempat menunggu pesawat. di situ, die terjumpe wanita yg menanggis tadi. tetapi wanita itu sudah tenang. F hanya boleh memehartikan orang ramai dan mendengar apple yg disumbatnye dalam telinga.

akhirnye, naik juga F dalam pesawat ke geneva. 1 msalah selesai. tinggal 1 masalah lagi. iaitu samada ada train ke grenoble setibanye die di sane ataupun tidak.F membiarkan soalan itu tergantung. untuk menenangkan perasaannye itu, die pun membeli sandwich cheese dan hot chocolate walaupun waktu itu panas. memang sudah jelas F tidak dapat berfikir dgn betul waktu itu. die hampir² tertidur apabile mendengar seorang ibu dibelakangnye yg baca buku untuk menidurkan anaknya. sangatla berseni si ibu itu membaca untuk menidurkan anaknye, sampai F pun terikut hendak tidur.

selepas 1 jam lebih diudara, pesawat pun mendarat ke lapangan terbang geneva. semasa hendak beratur, die dilanggar sedikit oleh seorang girl english yg bermata hijau. girl itu mengucapkan sorry. F yg pada mase itu agak risau berasa lega sekejap dan membalas dengan senyuman. selepas beberape minit kemudian, die dilanggar lagi skali, F melihat mata girl itu, dan girl itu ketawa kecil sambil mengucap sorry. mak girl itu hanya melihat saja karenah anak pompuannye itu. hendak sahaja F membuat lawak bodoh ketika itu, tetapi biasenye keadaan berdiam diri lagi bagus. die pun senyum kembali. tiba² teringin die bercouple dgn girl itu. girl itu boleh dikategorikan sangat cute oleh F. jejak sahaja kakinye di lapangan terbang itu, F pun segera meninggalkan angan² ingin couplenye itu dan kemudian segera mencari beg luggagenye dan menuju terus ke station keretapi.

dengan beraninye, F menaiki train yg akan bergerak 10 minit lagi tanpa membeli tiket. fikir F, 1 station je, mustahil ada orang buat pemeriksaan tiket. sepanjang perjalanannye ke railway station itu, F hanya mampu berdoa dan membaca yat kursi supaya semuanya baik² sahaja.

tiba di station keretapi tersebut, die pun membeli tiket train ke grenoble. kemudian cepat² die ke tempat menunggu train. F berasa lega. tapi die ada masalah baru, iaitu die tidak mempunyai kad 12-25, kad diskaun untuk train. biasanya, tiket train dijual dengan harga yg berbeza. harga lain untuk mereka yg mempunyai kad diskaun dan harga lain untuk mereka yg tidak mempunyai sebarang kad diskaun. jika penumpang itu membeli tikat diskaun dan gagal menunjukan kad diskaun itu semasa pemeriksaan tiket, penumpang tersebut akan didenda samada 25€ atau pun 50€. pada fikiran F, die sudah tidak kesah untuk didenda karna baginye yg penting skrg adalah balik ke rumah nye di grenoble.

semasa berada di train, F cube untuk menghabiskan novel the hunt club tetapi tidak tercapai hasratnye itu. ntah macam mane ,buku itu yg membaca riak muka F sepanjang perjalanan. F tertidur lagi. hari itu memang hari luck nye karna tiada 'controlleur' yg datang membuat pemeriksaan tiket. betullah kata orang, doa orang ketika susah biasanya dimakbulkan. ALhamdulillah.

itu la die kisah aku mase pergi dan balik ke london. hampir 97% citer tuh citer betul. dan 3 % tuh sbb angka² yg aku tak sure sgt sbb dah lupe. dan mungkin ade yg aku tambah sket² kot untuk penyedap rase. anyway, thanks la kepada mereka yg membaca tu. biasenye 3 lagu abes la bace en3 ni, kalau lebih tuh, entah la ek. hmm.. sape kate bercerite ni senang ek? huhuhu

p/s : patutla org kate lagu my chemical romance ni emo, mmg emo pon

No comments: