Thursday, April 26, 2007

level karangan budak 12 tahun

awas, citer ni mgkn panjang, so, kalo korang ada pape nota untuk dibaca or exam untuk di'revise' adalah tidak digalakan untuk korang membaca en3 nih. takut², menyumpah diri sendri pulak :p ekceli ade beberape cara nak membace en3 nih, kalo korang bace dgn nada bosan, maka bosan la citer ni, kalo korang bace dgn laju, maka action la citer nih, kalo korang bace dgn kelajuan sederhana, maka korang dpti byk kesalahan tatabahasa. kalo korang bace dgn gaye syok sendri, maka aku ni penaip syok sendri la..buek !! dan en3 ni takde hahaha..hehehe...so pandai² la gelak sendri :p (kalo ade lah kan)

F menatap skrin komputernye itu. die membuat bandingan antara laman² web yg die masuki. die ragu² untuk memilih pilihan yang ada untuk ke london. tersangatlah susah untuk die membuat keputusan walaupun tiket ke london itu disponsor penuh oleh sponsornye. tapi entah kenapa, F mempunyai sifat tamak haloba untuk membankruptkan sponsornye itu. tiba², terlintas difikirannye untuk membeli tiket balik ke malaya 2 hari, kemudian pergi ke london. pada fikirannye, tiket free, sudah tentu sponsornye akan bayar. dengan yakin dgn berfikiran begitu. tapi, F masih mempunyai nilai² murni yg dijaganya. maka, die pun memilih tiket ke london yang dioffer di laman web easy jet.

tepat pukul 7 pagi waktu tempatan negara yg busuk france ni, bas yg F naiki pun bergerak keluar dari gare untuk ke lapangan terbang lyon. perjalanan ke lapangan terbang tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam. ini adalah kali pertama F travel ke luar negara dari tempat belajarnya seorang diri. terase cuak jugak dalam diri die yg besar tuh. hampir ratusan kali jugak die melihat skrin untuk boarding ke london tuh. untuk menenangkan perasaan cuaknye itu, F pun membeli sekeping roti yg bukan roti keping kurus itu tapi roti croissant yg menyerupai bulan sabit yg gemuk. kalau dibandingkan harga roti tersebut di kedai roti dpn monoprix di grenoble bumi hijau, amat la jauh beza. tapi F redha jer demi menjaga cool die untuk masuk pesawat easy jet.

akhirnye, munculah nama london di papan skrin dalam lapangan terbang lyon sebagai tanda sudah waktunye untuk mendaftarkan beg luggagenya. setelah melihat kaunter yg dikehendaki, die pun mencari² kaunter tersebut. punyala kepingar F, sbb kaunter seperti yg tercatat di papan skrin itu bukan untuk ke london tetapi untuk ke Rome. maka, gelabah sikit² la F. dengan menarik nafas panjang yg tersangkut², die pun ternampak kaunter pendaftaran luggage ke london. mase itu lah, nafas die ditarik dgn lancarnye.

setelah semuanya selesai. die pun masuk terus ke tempat menunggu pesawat ke london. hampir 5 minit die menunggu sambil mendengar pemain mp3 epalnye, F mula rase tidak sedap duduk. pada waktu yang sama, ada 1 syarikat penerbangan untuk ke algeria sedang menunggu penumpang. pramugara² dan pramugari² dari sykt tersebut berulang² kali memanggil name penumpang tersebut. bagus sungguh sykt ini menunggu penumpang²nya. tiba², datang la seorang pakcik duduk di hadapan F. pakcik itu membawa beg beli belah seperti beg jinjing carrefour. dengan selambanya pakcik itu duduk. pada waktu yg sama jugak, pramugara² dan pramugari² yg tadi membuat spot check terhadap penumpang² yg duduk di tempat tersebut. 'ape kene dgn diorng nih? kalo takde org tuh, terbang jer la, tak payah tunggu, isshhhhhhh' sunggutan geram F. tetapi apabila melihat pramugari cun yg akan buat spot check terhadapnya, maka lenyap sudah sunggutan F tadi.

pramugari cun itu berhenti di hadapan pakcik yg duduk dihadapan F untuk dispot check boarding cardnya. F tidak sabar² untun dispot chcek sbb die handak melihat pramugari tuh lagi dekat². tiba², pramugari itu melepaskan nafas lega. penumpang yg dicari²,yg dipanggil namenya beribu kali, yg melambatkan penerbangan ke algeria adalah pakcik di hadapan F. punyalah, kebinggungan pramugari tersebut. orang ramai yg telah dispot check melihat saja pakcik itu ke kaunter sebelum menaiki pesawat. 'pokemon betul la pakcik ni, selamba jr dok dpn aku. kalo la aku ni, dah lame dah...'sunggutan baru F selepas tidak dpt melihat pramugari cun itu dekat². akhirnye, pakcik itu disuruh duduk ditempat menunggu pesawat.

1010. sepaptutnye, F sudah berada dalam pesawat. tetapi entah kenapa, pesawat tersebut lewat. nasib baik F terdengar perbualan 1 keluarga orang putih yg duduk disebelahnya. amatlah kurang jelas dan sakit telinga bila abang yg jaga pintu gate masuk pesawat itu membuat announcement. nasib baik F punyai ilmu menjaga tepi kain orang. boleh la die mencuri² dgr perbualan keluarga orang putih tadi. dikatakan bahawa pasawat tersebut lewat selama 15 minit. maka, dengan rasa yang neutral, F pon menunggu.

selepas 15 minit, tiba la masenye untuk masuk ke pesawat. sememangnya F terasa tersangat la hendak menghempuk seorang lelaki die hapadannye itu. sbb lelaki itu asyik ternginja² bersama awek die. tidak boleh diri diam. tetapi F membiarkan sahaja. kan F ada nilai murni. masuk sahaja di dalam pesawat, F pun mengambil tempat duduk di sebelah cermin. tidak tau ape motif die berbuat begitu. sebaik sahaja pesawat berlepas, F pun mengambl peluang melihat panaroma dan keindahan alam france dari langgit. sungguh cantik dan damai rasanya. tiba², F ternampak sebuah pesawat. F terasa sangat sedih kerana baru waktu itu dia sedar yg pesawat adalah kenderaan yg paling tinggi mengeluarkan bahan bakar dan merupakan pencemar alam sekitar nombor 1. kelihatan asap² hitam keluar dari pesawat tersebut. sungguh merasa kesian melihat bumi yg hijau ini. sejak F belajar di luar negara, baru la die nampak yg orang² di tempat die belajar itu mempunyai inisiatif untuk menjaga alam. sedikit sebanyak orang² tersebut mempengaruhi diri F. sebab itu, die cuba sedaya upaya untuk menjadi skema yang mungkin untuk tidak buang sampah merata². kesian bumi.

tidak sampai 10 minit melelapkan mata. captain pesawat mengumumkan ketibaan pesawat yg dipandunye akan tiba di lapangan terbang london stansted dalam masa 5 minit. pada waktu itu jugak la, F buat pertama kalinya merasa takut menaiki pesawat. terasa sepeti menaiki roller coaster sahaja. dalam hati, F membaca al-Fatihah dan ayat kursi banyak. sungguh menyeramkan tika itu. akhirnya, sampai juga F di london. kota yg diimpikannya sejak kecil untuk dilawati. itu pun sebab selepas baca novel stefa isle dan juga pandangan orang ramai di malaya yg mengagumi kota london. terasa seronok pula F untuk menjajah kota london.

setelah menunggu dan beratur untuk keluar pesawat, F pun menghirup udara london itu. sama sahaja bagi F. lagi nyaman udara di bukit alps di grenoble ataupun di hutan lipur di batu pahat. w/pun di hutan tersebut slalu ada 'projek mega' muda mudi dan juga monyet², tapi udara di sana sangat la nyaman. untuk meneruskan misi menjajah kota london, F pun menaik sebuah komuter kecil untuk ke terminal lapangan terbang itu. terdapat 2 pintu masuk. sebelah kiri untuk pemegang passport european dan sebelah kanan untuk pemegang passport lain² negara. tentulah F ke pintu masuk belah kanan sebab cuma ada 3 orang sahaja yg sedang diperiksa pegawai pemeriksaan passport. kalau ikutkan rase mengada² F, die mahu sahaja ke pintu masuk belah kiri, orang eropah katekan. bile F fikir² balik, adalah amat sedikit kebarangkalian F untuk dipercayai pegawai tersebut sebagai penduduk eropah. apa tidaknya, dengan muka mirip orang brasil atau madagascar atau malaga atau arab atau sebagainya. lalu, F pun memasuki pintu masuk belah kanan dan mengisi borang. setibanya di kaunter pegawai tersebut, makcik itu pun menanyakan tempat tinggal akan F duduki dan berada lama. F mula mengelabah karna dia tidak mempunyai alamat hotel mahupun malaysian hall. pegawai makcik itu merasa ragu² sambil memeriksan setiap muka surat passport F. akhirnye, teringatlah F station tube seperti yg dipandu-arahkan oleh kawannya yg berada di london tempoh hari ketika mereka berchatting.

'yes, it's in bayswater i think' jawapan F yg lame tergantung itu kepada makcik itu. baru la nampak sedikit perubahan pada muka makcik itu. selepas itu, die menanyakan F tiket pulang ke grenoble dan dimana. F merasa gelabah skali lagi, kerana die tidak memprint tiket baliknye ke grenoble. sedaya upaya F meyakinkan makcik itu. 'banyak la pulak soklan makcik niiiii !! ' rungutan hati F. akhirnye, pegawai itu melepaskan F. lega seperti ingin terbang sahaja F bile melepasi kaunter pemeriksaan itu. selepas mengambil beg nya, F pun mengeluarkan duit di mesin atm. lalu die pun keluar terminal dan mencari 2 org muka melayu yang dikatakan akan menunggu F.

nasib baik, 2 orang junior tersebut dapat dikenalpasti wajahnye oleh F. kalau tidak, tidak keruan F mencari jalan ke station bayswater yg die tidak tahu itu. selepas itu, mereka pun pergi ke station liverpool street dengan menaiki keretapi. ... bersambung

wow ! gilos la, pnjg gak aku taip nih. ni blum masuk citer meeting tuh lg, pasal mimpi lg pasal bende² lain lg..waaa...anyway thanks membaca. kalo aku takde keje mcm ari ni lagi, aku sambung la kesah karangan budak 12 tahun ni ek.

4 comments:

Anonymous said...

ha ha ha. memang panjang!

kau kena gilap sikit kau punya gaya penulisan baru boleh jadi tulisan budak umur 12 tahun berstandard faisal tehrani. hahak.

bpboyz said...

hahaha...kirenye ni standard karangan budak 8 tahun ker kak kira? haha..saje nk bercerite katekan

akirasuri said...

kau ni. bahasa melayu pun dah tak faham. cuba kau fahamkan apa yang akak tulis kat atas tu. :p

kau kena gilap sikit kau punya gaya penulisan baru boleh jadi tulisan budak umur 12 tahun berstandard faisal tehrani.

bpboyz said...

hahaha...ok ok..saye paham akak ! :p