JANGAN MENGELUH ..........
copy from fara's blog. mengambil mase x sampai 2mins. yg paling bwh tuh x bace xper k ;)
Kita selalu Bertanya....
dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
jadi,sekarang ni dah masuk 'fasa ke2' ibadah puasa. kalau kat masjid tuh, yg solat terawih 20 tuh,bacaan/turutan surah dah tukar dah. dulu rakaat ke2 selalu baca surah Al-Ikhlas tp skrg rakaat pertama selalu baca surah Al-Qadr tiap² 2 rakaat. solat witir pun dah mula baca doa Qunut tuk rakaat terakhir. maknenye x lame lagi kene pray hard sket tuk 10 malam terakhir. bukan senang nk dpt PELUANG ni. amiin. td,tetibe aku rase mcm nk dgr lagu raihan. then terjmp lagu nih, so aku upload kat sini lah. biasenye, kat skola agama dulu, lps mengaji je, bace reramai, x pun, setiap lepas asar n lepas bacaan Al-Quran kat masjid sbelah skolah tuh, sure bace ramai² w/pon cekgu tuh tgh mengajar. dulu, mase kecik² bace mcm main² jer, x tau makne pun, tp disebabkan lagu ni la, aku baru tau makne doa tuh. hmm.. bg aku raihan mmg kreatif lah. sambil dgr² lagu tuh, terase mcm budak² kecik yg tgh dgr citer dari sorg cekgu. mmg menyentuh,merasuk n menginsafkan. ni la seni utk berdakwah :'(
hargai peluang yg ada
No comments:
Post a Comment