Saturday, May 05, 2007

biter sukan

sekarang kita beralih ke berita sukan. (kamera diarahkan ke pembaca berita yg agak botak kepalanya)
pasukan merah membara seri dengan pasukan putih bersih pada perlawanan masaf game yg berlangsung di Nice. perlawanan ini sememangnye dijangka agak sengit kerana kedua² pasukan ini adalah pasukan pilihan sepanjang perlawanan. tetapi agak pelik pasukan merah membara hanya seri untuk 3 perlawanan sebelum bertemu dgn pasukan putih bersih. manakala pasukan putih bersih membuat kejutan negatif dengan kalah 3 kali berturut² sebelum itu.peminat² mereka tertanya² apa sudah jadi dengan pasukan feveret itu. ada teori² menyatakan mereka diracuni. ada juga teori menyatakan yg mereka mengalami 'culture shcok' kerana cuaca di padang nice ini sangat panas. kajian cuaca menunjukan yg cuaca pada hari tersebut adalah 313 kelvin. tetapi, kami dari unit sukan amat yakin, teori² tersebut meleset sama sekali. ada yg tidak kene dengan mereka. kami sedang siasat.hanya masa dapat menentukan. dan sebelum masa menentukan,biarlah ia dibelungi misteri(sambil membuat gaya tangan tuh. dan tiba² petir sambung menyambung, siaran terputus)

(kelihatan pembaca berita utama terkejut pada mukanya,lalu membetulkan tali pinggang dan membaling pinggan yg dipeganginya)

maaf,kami mengalami masalah teknikal. cetcot,ada masih disana ? ya dotdot, saya masih disini. apa yg telah berlaku disana cetcot? ya, seperti anda tau dotdot, cuaca disini tidak menentu, kami mengalami sedikit masalah dengan kamera ini. tapi tidak mengapa kami akan menyampaikan berita dengan gambar² yg sempat kami ambil semasa perlawanan. anda pasti cetcot ? ya dotdot, jangan khuatir. baiklah,sebelum semua gambar² tersebut habis dimuat turun ke sistem komputer kami, saya akan melaporkan berita tentang seorang pemain pasukan merah membara.

dikatakan sebelum bermulanya perlawanan pertama mereka,F, iaitu pemain pertahanan mereka telah menyain kontrak selama 1 musim dengan sebuah kelab di monaco.ini disebabkan kelewatannya ke padang perlawanan.rakan² sepasukan mereka agak ketakutan kehilangan F, kerana mereka percaya yg F adalah salah seorang pemain yg tidak akan melepaskan bola kepada pihak lawan.kehilangan F bermakna kekalahan kepada pasukan merah membara. selepas hampir 20 minit F di monaco,akhirnye F tiba di padang berkenaan bersama 2 pemain bola tampar. kehadirannya disambut dengan hembusan nafas lega oleh semua rakan sepasukannya. oh,saya menerima isyarat bahawa semua gambar sudah dimuat turun. cetcot,saya serahkan kepada anda untuk berita selanjutnya.
seperti tertera diskrin anda, gambar tersebut adalah pasukan merah membara bersama pengurus mereka yg berkaca mata hitam itu. dan ini pula
gambar pasukan merah membara dengan juru foto yg diimport mereka. manakala gambar ini
adalah pasukan putih bersih. masing² dengan semangat yg jitu untuk mempamerkan perlawanan yg ditunggu²kan masa kini.
ini adalah gambar pada separuh masa kedua. separuh masa pertama berlangsung dengan penuh debaran. pasukan masing² membuat percubaan yg sangat membahaya sehingga ada penonton tidak sanggup melihatnya, takut² mereka akan sakit jantung dengan persembahan hebat dari pasukan² ajaib ini.
ya, itu dia, penyerang utama pasukan putih bersih menerima dan membawa bola. kelihatan F dihalang oleh pemain putih bersih yg 1 lagi. kalau anda dapat perhatikan dengan lebih dekat, wajah F sangat yakin untuk menghalang bola dikaki penyerang pemain putih bersih. oh, ya. itu adalah presiden kelab UMeN0 france.
oh, apakah? apa yg dibuat F. adakah dia sengaja berbuat demikian? (tiba² sorang menyampuk) takde la, patutnye F nk tendang bola tuh, tp presiden tu touch sket, so bola melantunkan depan,sbb tuh gitu (cetcot dgn wajah pelik melihat org yg menyampuk itu,kemudian sambung..)oh yeke? terima kasih encik atas penerangan yg tidak dialu²kan itu. (dgn nada terkejut) apakah akan jadi seterusnya, harap² tiada kad merah buat F, kalau tidak F tidak dapat bermain dgn kelab monaco.
oh tidak ! kejatuhan presiden UMeN0. tidaak !!
mereka tergolek dog dua². harap² F tidak cedera. dan adakah F akan disaman dengan presiden kelab UMeN0 ini diatas tackle tersebut?
ya! dari riak wajah muka F yg ketawa walaupun tergolek dog, kita tau yg referee tidak akan mengenakan kad merah. syukur ! ketawa kecil F itu menenangkan hati para peminatnya.
akhirnya, bola tersebut dapat ditangkap oleh penjaga gol pasukan merah membara. fuh, sangat mendebarkan. tamat wisel separuh masa kedua, kedua² pasukan seri tanpa jaringan. perlawanan ini sangat menarik dan mendebarkan. keputusan memang dijangkakan kebanyakan penonton. rugi anda dotdot tidak dapat melihatnya secara langsung. too bad, nampaknya cetcot,anda seorang fanatik pasukan merah membara atau lebih tepat fanatik F, betulkah? ooo,itu semestinya, F pemain terhebat masa kini. tentula saya peminatnya. hehe, baiklah, sila sambung.

oh, sebelum itu, mari kita lihat gambar pilihan hari ini
lihatlah kehebatan pasukan merah membara sehingga pemain dari pasukan lain takut untuk tackle pemain merah membara.

pada akhir perlawanan masaf tersebut, keputusan terakhir, pasukan merah membara seri kesemua 7 perlawanan. adalah sangat pelik mereka tidak juara. tetapi mereka tetap mengekalkan prestasi tanpa kalah mereka. syabas untuk mereka.

selepas perlawanan tersebut, semua bersurai, dan anda tahu cetcot, saya menjadi paparazi sekejap. oh iyer dotdot? kenapa? anda bukan tidak tahu, bukan senang nak jumpa F ni. jadi, saya dengan sukarela menjadi jurufotonya.
ini adalah sesama mereka ingin menuruni bukit. anda nampak cetcot jambatan dibelakang yg tinggi itu? lawakan? err..ya dotdot. kalau anda hendak tahu, stadium ini terletak dipuncak gunung. amat baik untuk stamina pemain karna sambil mereka mendaki bukit itu, mereka sudah ada stamina untuk main dan untuk injured.
pada malam itu, mereka menjamu selera bersama² pasukan lain dan juga pasukan² bola tampar dimana perlawanan bola tampar dibubarkan. tapi tidak mengapa. mereka enjoy. selepas tengah malam, F dan pasukan bumi hijaunya balik ke hotel mereka. mereka sempat juga membuat surprise hari jadi salah seorang ahli pasukan bumi hijau iaitu asma' yg menyambut hari lahirnye yg ke 32. opss..silap 23.
keesokan harinya, mereka bergumbira selepas segala tekanan yg dihadapi di Nice. mereka melarikan diri ke St Tropez. begitula kisahnya.

sangat menarik perjalanan mereka ya cetcot? ya, betul itu dotdot, walaupun mereka hanya ada cuti hujung minggu sahaja, mereka korbankan untuk 'games' ini. oh ya, untuk mengetahui rahsia kekuatan pasukan merah membara dan putih bersih dan juga pasukan² lain, mereka telah makan roti sekeping sahaja. sangat lazat dan ada juga pop corn kepada peminat. ucapan jutaan terima kasih kepada penganjur di Nice dan juga masaf yg mengeratkan hubungan antara mereka pelajar di france ini. anda bukan tidak tau dotdot, kat france ni... ops, maaf ya cetcot, kita kesuntukan masa. kata² terakhir cetcot? majulah sukan untuk negara.

berita sukan yg disampaikn oleh dotdot di france. (tiba² pembaca itu memegang telinganya) kami menerima berita terbaru yg menyatakan F telah memandu dari st tropez ke Marseille selepas diberi kepecayaan oleh pemain² bola tampar. sepanjang perjalananya itu, ada kedengaran jerit 'slow² fadhil' dan 'kiri sket² !!' dan 'fadhil!!' tetapi ada juga penumpang sempat tidur. jadi kesimpulannya, mereka selamat sampai ke destina masing².

(tamat)

cerita tambahan :
-- aku baru TERdiscover sorang malaysian singer nih. perghh...cute n reti dance gak dan ade suara gak la sket². dia chinese tp fluent giler die nyanyi lagu malay. fuhh..jarang jmp amoi fluent malay nih. best gak lagu die, nak² yg ade title pasal hello kitty tuh. haha

-- hah, semlm baru aku tau yg penyakit abg yg nyanyi lagu ecris l'histoire dlm playlist aku ni ialah mucoviscidose. dan apa yg bagusnye pasal french ni, diorng ada sifat dermawan lah. w/pun bende dah jadi baru nk tolong, maksud aku, kalau takde orang terkenal mati sbb 1 penyakit pelik ni, diorng x akan punye bt program dlm tv untuk kutip derma. tp baguslah kan, kurang² diorng ade inisiatif untuk menderma kan?

-- dan aku baru tau gak yg abg yg kat bawah ni (yg letak vc die kat bawah en3 nih) die pernah nyanyi dulu n ade album gak tp underground or indie la.tak besar²an. tp papepon, abg ni mmg kreatiflah. die maintainkan style dont give a damn die. best².

-- semua yg aku citer kat atas tuh betul dan ade la sket² bende dogeng tuh. tp football tuh membuatkan aku teringat nk main rugby jer, sampai aku tackle mcm tackle rugby jer. dalam gmbr tuh just 5% jer dr 'tackle'an biase aku in rugby. hehe

-- sume foto² thanks to camera aku, camera zarf dan camera semy.

-- cube korang tafsir sendri gmbr² tuh ek.

-- ~~ terkenang daku kepada si dia.. aarghhh..asal aku x lepaskan ape yg aku dah lepaskan.huhu :(

roger out.

7 comments:

Anonymous said...

amoi mane ek fadhil? Nikki ke?. ke ade lain yg best?

Hahahaha..ape yg fadhil merepek nie???..cetcot and dot dot???

Unknown said...

cetcot kee..det dot kerr..tak kesahh..
it was fun :D

bpboyz said...

hahaha..merepek dikala bosan..amoi baru..karen kong name die.. cute gak.. >_<

hehehe..fun ker fara? thanks.. bip bip hooorayy

Muzaffar said...

sedeh x dafi kuar af? huhuh

bpboyz said...

hahaha, org² lille berkabung ke dafi kluar? padan muka korang..kah kah kah! baik tgk abg julien, lg best :p

Anonymous said...

oit oit!

MU tu. ha ha ha gelak jahat :))

*adeiii..makin hari makin panjang entri kau ni. akan ku baca. tunggu!!

bpboyz said...

xper la last maths dulu tuh,skrg man utd skrg dh juara..hehe :p

hahaha..xper la kak akira,x pakse bace pon...n en3 ni panjang sebab banyak gambar.. huhuhu