Monday, March 20, 2006

5th day fac off !!!

printemps est déjà là. bile dah printemps/spring ni bermakne bermula la program diet. hahaha. time winter makan bebanyak panaskan badan. n sebab ape lak time spring ni nak diet? sebaaab..
balik mesia nanti nak melahap bebanyak. =) time spring ni gak lah, sume orang tak berbungkus lagi sbb nak amik cahaya matahari org kate. aku yg selalu kene matahari ni nak rase berbungkus jer. tapi tu dulu. sekarang ni aku memang memerlukan matahari !!

macam aku cakap minggu lepas, diorang ni mogok sampai esok. esok ade perhimpunan pelajar lagi ataupun assemblée générale (AG). so, esok diorang vote lagi la samada nak block lagi fac/iut ni untuk seminggu lagi ker tak. tapi aku rae lah, kemungkinan kecik iut nak bukak balik coz kerajaan sini tak tarik lagi CPE bendalah tu la. diorang nak bende tu tarik balik petang/malam ni (waktu france lah) tapi kerajaan tu tak tarik gak. jadi, memang susahlah nak debloquer/tak block balik. tu kire esok punye hal lah. kalau oui/ya untuk blocage esok. seminggu lagi lah nampaknye block. kalau la macam tu lagi, aku dah bersedia dah nak meninggalkan grenoble bumim indah nih. tak sure nak pergi mane. tapi kene keluar gak. dah fening la kat rumah ni. dah lah aku buat rekod. rekod tak keluar grenoble mase cuti sekolah.huhu. minggu lepas tu aku vote oui sebab aku nak mis au niveau/update (tak tau nak translate) aku nye study lah. sekarang aku rase niveau aku dah cukup dah utk attack 18/20. insyaAllah. amin. jadi, kalau cuti lagi minggu ni, aku sure la keluar. pergi lyon pun takper lah. so, aku nak ker tak blocage nih? biar la mase tentu kan. dah tak nak vote dah esok. tunggu result kat umah jer lah. =P

hari ni, aku jumpe article dalam harakah. takde kerje lain dah nak buat. merayap kat alam maya jer lah. =P die pasal bm la. ni takde kene mengene dgn politik okaaay. so, aku pun hesitate nak letak kat sini ker tak. hmm...jadi pk pk balik, aku paste jer la.

Oleh Guru BM

SAYA tersenyum membaca komentar 'orang besar' kononnya TV3 memartabatkan bahasa Melayu dengan menukar 'Sureheboh' kepada 'Jomheboh' (ejaan ini pun salah). Aiii, begitu senang memartabatkan bahasa Melayu yang kini 'bagaikan sudah masuk dalam longkang'.

Kalaulah bahasa Melayu tidak dapat digunakan sebagai bahasa ilmu (kini bahasa Melayu tidak boleh membicarakan Sains dan Matematik), sampai mati pun bahasa Melayu tidak dapat dimartabatkan.

Orang politik ini bercakap macam dialah pejuang bahasa Melayu. Sebenarnya merekalah yang 'menjahanamkan bahasa Melayu'.

Macam isu tulisan jawi, dulu merekalah yang mematikannya, tidak mengajarkannya di sekolah menyebabkan generasi yang bersekolah pada tahun 60-an dan 70-an dulu, sekarang ini ramai yang buta jawi dan buta al-Quran.

Kerana ramai yang buta jawi, akhbar Utusan Melayu dan Utusan Melayu Mingguan pun tidak laku dan akhirnya 'bungkus'. Sekarang terhegeh-hegeh orang politik cakap mahu memartabatkan tulisan jawi.

Beberapa tahun lalu, orang politik juga 'menghancurkan' perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan pandai-pandai sendiri (tanpa kajian saintifik) memberi laluan penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.

Sekarang mereka bercakap untuk memartabatkan bahasa Melayu. Cis, kalaulah Hang Jebat ada, tentulah mereka ini di...nya. - lanh


biasela, nak duit jer tuh.hehehe. rindunye utusan melayu. hah,kalau orang tuh mengaku johorian tapi tak reti jawi, ekkkk kan die. hahaha. sebab kat sini(johor), kalau nk kerje kerajaan lah, mesti ade sijil sek agama. tu cikgu aku cakap la. aku pun tak sure diwajibkan kot masuk sek agama n. dulu pun kalau tak aku dah bleh jadi cikgu fardhu ain dah. hehehe. tapi kite nak ajar budak beso bukan budak kecik. ahakz.
-aku ckp bahasa inggeris yg kureng sket ni time perlu jer, selagi org paham aku ckp bm aku ckp bm gak. sy bangga ckp melayu ! hehe.
peringatan lagi : artikel ni xde kena mengena dgn politik okaaay. saya bersifat neutral. tak sokong mane² parti pun. tapi parti/soirée nurse kat grenoble sy nak pergi. hehehe. tapi takde org ajak lak. ok lah, nak tgk armageddon. =)

-rindu lak pepatah melayu ncik karam singh kat tv. =P

No comments: