Friday, March 10, 2006

cergamdek road to winter olympic

arrrghh, petang tadi aku baru habis DS expresscomm. perh, tak tau lah aku boleh ker tak.harap² dapt moyen. kalau nak ikutkan memang senang jer soklan die tuh. tapi sebabkan aku ni kureng sikit dalam frnaçais nih, so teragak² gak lah aku jawab tadi. tapi insyaAllah lebih 10 lah. amin.

sekarang ni rase boring giler. esok lak aku tak pergi main snow coz nak jaga diri ni, biar baik betul². so, kirenye minggu depan aku main kot. waa,ni kene main puas² ni sbb winter dah nak habis dah. hmm...oleh sebab aku boring sangat so aku pun saje² je buat cergamdek nih. ape tuh? word ciptaan aku.hahaha, cerita + bergambar + pendek = cergamdek. macam cerpen lah. aku pun tak tau ape yg menimpa aku skrg nih. kebosanan yg melampau kot. entah lah. kalau anda² suma nak bace, bace lah citer ntah pape ntah nih. kalau tak nak tengok jer lah gambar tuh. =)

alkisah,
hari ni, bermakne hari itu, jejaknye kaki 'tough' aku ke bumi yg aku tak kenali ini. banyak sangat perbezaan antara orang² disini dengan orang²ku di malaya sana. nak kate sopan tuh, sopan lah gak, setiap kali kaki melangkah ke gedung membeli belah kat champs elysees tuh, pasti ade orang cakap bonjour sambil tersenyum. terpingga² aku tengok mamat tuh, die mintak duit ker? tetapi setelah diberi tahuh oleh pengurus kami tuh, baru aku sedar tuh kire macam selamat pagi lah. hampir² aku nak bagi mamat tuh duit syiling tuh. mulunye hambe! bak kate coach snowboard kitorng, kami diberi satu hari jer untuk relax² dibumi paris nih kerana esok kami akan meneruskan perjuangan untuk game winter olympic nih. jadi, dengan rase ruginye kalau tak mengenjoykan diri malam nih, kami pun pergi lah ker menara eiffel. hmm..bagi aku lah, menara ni biase jer, tapi yg peliknye, sebeblum aku menerbangkan diri ke sini, ramai minah² kat kampung tuh mintak amik gambar menara nih. ni gara² citer eiffel i in lap tu lah. kalau nak dibandingkan dgn menara telekom tuh, lagi lawa menara tm tuh. kurang² tgk menara tm rase lapar, ni tgk menara nih rase takut lak, sbb bentuk die mcm injection kat klinik tuh sebelum nak fly sini. biaselah org sini,katenye kat malaya tuh ade gripe aviaire,jadi, kami disuruh untuk disuntik terlebih dahulu sebelum datang ke mari. nasib baik nurse yg suntik tuh macam puteri tak terasa sangat lah.aduh,rindunye aku tanah malaya.

ini pula semasa dalam keretapi laju dekat peranchis nih. kami bertolak dari bandar peranchis sejak awal pagi² celik lagi. sebab keletihan malam semalam meronggeng di moulin rouge dan membedal kfc macam tak hingat dunia,jadi, kami mengambil peluang tido di dalam train. pada awalnye kami sangka, tempat duduk kami di 1st class, sekali coach kate, kite dah ditipu oleh penganjur, terpakse amik 2nd class punye seat lak. hampeh betul sponsor kami tuh. rase macam nak hentak jer diorang. tapi itu sume dugaan. ade hikmahnye aku rase sume tuh. eh,seksi tak gambar kami baru bangun tido nih?

tepat jam 10 pagi tuh, kami sampai lah di bandar yg cantik,indah,segar dan permai di bumi peranchis nih. name bandar ni grenoble. cantik sungguh pemandangannye disini. sambil² menunggu bilik kami, kami pun sempat menjadi model majalah hai sekejap. terasa segar bugar bile melihat gunung yg putih itu. tiba² kami dikejutkan dengan berita yg sememangnye mengejutkan kami. kami telah ditikam dari belakang lagi oleh penaja kami. coach kate yg hotel kami itu telah dibatalkan tempahannye. hampir² mengamuk coach kami tuh, oleh sebab die waras dan mawas, die berjaye untuk mendapatkan kami bilik disalah sebuah hotel 3 binatang. tak sangka pulak kami dapat hotel ni tengah² bandar indah nih. ni pulak gambar dibawah kaki hotel dimane kami melelapkan mata kami. ade kedai turki rupenye kat depan tuh. waa cantiknye.



keesokan pagi nye. kami berase begitu tekejut apabile kami dapati bahawa ramai sungguh orang berkerumun diluar hotel kami ini. selepas coach kami menerangkan hal yg sebenar, kami berasa begitu terharu kerana meraka ini lah peminat kami yg pertama. bangganye kami. dan yg membuatkan aku lebih teruja ialah, sepanduk yg dibawak oleh peminat kami nih. walaupun didalam gambar ni tak begitu terang,biarlah aku tulis balik ape yg die tulis kat sepanduk tuh. mereka tulis 'allez fadhil!!tu est notre champion!!'. tak sangka mereka memberi sokongan kedua padu kepada kami selepas team peranchis.
untuk tidak mengecewakan peminat²/penyokong² kami itu, kami pun meluangkan mase untuk sesi menanda tangan walaupun kami tahu yg tanda tangan kami tak begitu tak lawa. terharu saye bile melihat penyokong² kami ni. gambar ini aku peroleh sebab ade sorang penyokong tuh mahu aku menyimpannye. selepas sesi tersebut, mereka pun berarak beramai² untuk menghantar kami ke station keretapi. time kasih sume. belia benci dadah !! ops silap slogan pulak. belia suke sukan!!




ni lah gambar team pertama malaya untuk winter olympic game ini. sebenarnye kami boleh naik train lain tadi untuk ke tapak game tersebut tetapi oelh sebab coach kami hendak melepaskan rindu nye, maka kami pun ikutkan jer lah. gambar ini diambil oleh kwn kami yg juga baru memceburi bidang snowboard mcm aku gak. berlatarbelakangkan jam garden. ini sebenar nye kat geneve. sambil menunggu coach kami ehem ehem tuh, kami pun ambil lah gambar dengan jam nih. hidup tau jam ni, bukan main².


oleh sebab air pancut mercu bandar geneve ni, kami pun tidak mensia²kan peluang untuk mengambil gambar. lambat sungguh coach kami ni melepaskan rindu nye. kat tasik ni jugak, aku peratikan ade banyak jenis² burung, dan itik². jernih sungguh tasiknye. kalau nak dibandingkan dgn tasik y di bp tuh. huh,jauh beza. kat tasik y tuh, ade bermacam² jenis tv didalaminye takpun basikal ataupun pakaian² mereka yg tuuuut. harap² tasik y tu berubah lah selepas aku pulang ke malaya nanti.

keesokan pagi nye, kami telah siap sedia untuk berjuang untuk winter game nih. nilah bayang² yg bakal memungut pingat untuk malaya. pada hari ni, kami terjumpe jugak atlit dari thailand. kami bergitu semangat sekali kerana kami saje negara dari asian. negara yg takde salji yg menyertai game ini. satu pingat sudah cukup untuk menggembirakan coach kami itu. tak sangka pulak yg hari ni begitu panas. winter² pun panas gak. mungkin kerana ozon kite sudah bocor. teringat pulak cikgu sains kelas seblah aku dulu tuh. cikgu sains tu kire cikgu matematik tambahan aku mase tingkatan 4.
di akhir pertandingan tuh, captain kami telah cedera parah. dan die terpakse dibawa pulang ke malaya. melihatkan keaddan captain kami tuh, rase kesian gak. tapi captain ni tetap membakar semangat kami untuk berjuang. tapi hampehnye, captain kami ni, terpakse bayar sendiri tongkat plastik merah tuh. ni sume pasal penaja kami yg mangkuk hayun tulah. tapi kalau anda nak tau, captain kami ni telah menunjukan semangat kesukanan yg kuat. walaupun tak dapat habiskan pusingan kat atas tadi. walaupun tak menang pingat,captain ni menang tepukan gemuruh dari penonton tadi. sabo jer la sbb kene bayar tongkat yg beratus euros tuh.

oleh sebab captain kami dah dihantar pulang, maka seorang doktor telah diterbangkan bersama team kedua malaya. kedatangan doktor ni bukan saje untuk memastikan yg kecerdasan sume atlit malaya berada pada tahap maksimum tapi kedatangan die jugak dapat menghilangkan rindu sorang tuh. ish aku nih. hah, kakak cun ni pun snowboarder gak. jangan main². die ni kire top 2 kat malaya lah. lagi sorang tuh semy. alamak,gambar semy takde lah, takpe lah, nampak echarpe/scarf merah die pun kire ok lah tuh ek.biaselah takde cameraman. lagi² kat kedai kebab pulak tuh. happy birthday fara!
salah satu kelebihan doktor ni kan, die pandai masak. kire die masak masakan seimbang untuk kami. sedap sungguh doc ni memasak. tengok jer la muke setiap dari kami ni 'sihat²' belaka kan. malam tu, kami makan sampai tak hingat dunia. tapi sedih jugak sebab ni malam terakhir kami makan bersama. kerana selepas nih, kami akan pulang ke malaya tanpa ape² pingat. walaupun tanpa pingat, tapi kami berbangga kerana dapat mewakili malaya dalam winter olympic ini. sadis nye.




ini lah keadaan bile kami ingin meninggalkan bandar grenoble yg indah ini. sepatutnye ade limosin yang datang menjemout kami, tetapi lain pulak yg datang. penganjur tu kate , tram ni lagi bagus sebab die lagi besar dari limosin. takper lah. tram pun tram lah. tapi kami begitu terharu lah dengan para penyokong kami yg sanggup menemani kami ke gara/station keretapi. siap ade polis kawal kami lagi supaya penyokong ni tak bertindak diluar jangkaan.

*PERHATIAN
cergamdek ni takde kene mengene dengan sesiape yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia TETAPI gambar² yg dipaparkan disini ada kene mengene dengan yg hidup. so nak kutuk, kutuk crite die jer, gambar² jgn kutuk hah.
perhargaan kepada : kamera semy,kamera fara/doc, kamera ajib,kamera mano,k 750i aku, bandar grenoble,chamrousse,geneve,sncf and ape² atau sape² yg terlibat secara langsung ataupun tidak.
* mase² aku 'tak betul' : boring giler ; time mengantuk tp x bleh nk tido . minta maaf atas segala kesilapan yg disengaje dan tak disengajekan yer.

setiap perjumpaan pasti ade perpisahan. kalau tidak, mane mungkin timbul rase rindu. -ntah pape ntah-

4 comments:

Irfan Hashim said...

weh, apo ko ngarut ni jang ooii?? sah ko tengah tak btul mase tu kan?? tgh2 citer, sempat lagi promote k750i dier tu...siut tul

bpboyz said...

hahaha...mati kutu,tak tau nak buat ape lg dh..huhu

Unknown said...

hehehe..merci..beh gak citer nih eventho ade satu paragraph dua kali..;)

bpboyz said...

hehe..thanks fara..kesilapan teknikal tuh =P